Sumber Tenaga - Tenaga Boleh Baharu - AdiwiraST
Apa itu Tenaga Solar?
Tenaga solar adalah tenaga yang diperoleh daripada sinaran matahari.
Tenaga solar boleh dihasilkan melalui 2 kaedah iaitu:
Solar Terma & Solar Fotovoltaik
Maksud Solar Terma
Teknologi yang menggunakan sinaran matahari untuk menghasilkan haba
Maksud Solar Fotovoltaik
Teknologi yang mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik dengan sel fotovoltaik
Aplikasi Solar Terma
Pemanas air solar
Solar Terma
Aplikasi Solar Fotovoltaik
Menjana elektrik untuk rumah
Solar Fotovoltaik
Kelebihan Tenaga Suria
Mesra alam sekitar: Tenaga solar tidak menghasilkan pencemaran udara atau air semasa penjanaannya, membantu mengurangkan kesan rumah hijau dan perubahan iklim
Kemajuan teknologi: Teknologi tenaga solar terus berkembang dan menjadikan sistem solar lebih efisien
Teknologi yang menggunakan sinaran matahari untuk menghasilkan haba
Fakta Menarik: Kalkulator Suria
Apa itu
Kalkulator Suria?
Kalkulator suria adalah alat elektronik yang menggunakan tenaga matahari sebagai sumber kuasa untuk berfungsi.
Bagaimana Tenaga Suria
Berfungsi dalam Kalkulator?
Sel suria pada kalkulator menyerap cahaya matahari
Cahaya matahari diubah menjadi tenaga elektrik melalui proses fotovoltaik
Tenaga elektrik yang dihasilkan digunakan untuk menghidupkan kalkulator dan menyimpan dalam bateri jika tidak digunakan
Kelebihan Menggunakan
Kalkulator Suria
Mesra Alam: Mengurangkan keperluan penggunaan bateri yang perlu dibuang
Kos Efektif: Tidak memerlukan bateri tambahan atau pengecasan berterusan
Ketahanan: Boleh digunakan dalam jangka masa panjang tanpa penggantian bateri
Apa itu Tenaga Hidro?
Tenaga hidro adalah tenaga yang dihasilkan dengan
menggunakan air yang mengalir seperti sungai atau air terjun,
untuk menggerakkan turbin yang menghasilkan elektrik.
Empangan & Takungan
Air disimpan dalam takungan di empangan dan dilepaskan melalui saluran yang mengarah ke turbin
Turbin
Aliran air memutar turbin yang kemudiannya menggerakkan generator
Generator menukar tenaga kinetik dari turbin menjadi tenaga elektrik
Penjanaan Elektrik
Elektrik yang dihasilkan oleh generator dihantar ke grid elektrik untuk digunakan oleh pengguna
Kelebihan Tenaga Hidro
Air adalah sumber yang tidak akan habis selagi terdapat aliran sungai dan hujan
Mengurangkan penghasilan pencemaran udara atau kesan rumah kaca
Boleh menghasilkan sejumlah besar elektrik yang konsisten
Fakta Menarik: Empangan Kenyir
Empangan Kenyir di Terengganu merupakan empangan hidroelektrik terbesar di Semenanjung Malaysia. Empangan ini mengawal limpahan air banjir serta menjana tenaga elektrik di negara kita.
Apa itu Tenaga Biojisim?
Tenaga biojisim merujuk kepada bahan organik yang
digunakan sebagai sumber tenaga termasuk sisa-sisa
tumbuhan, kayu, pertanian dan organik lain.
Cara Kerja Biojisim
Pengumpulan Sisa Tumbuhan
Sisa-sisa tumbuhan dikumpulkan dari ladang pertanian atau kilang
Penukaran Kepada Bahan Api
Sisa tumbuhan dihancurkan untuk meningkatkan permukaan untuk pembakaran yang lebih berkesan dan dibakar dalam loji pembakaran untuk menghasilkan haba
Penjanaan Wap Air
Haba yang dihasilkan daripada pembakaran digunakan untuk memanaskan air dalam dandang, menghasilkan wap yang menggerakkan turbin bagi penjanaan kuasa elektrik
Penjanaan Wap Air
Haba yang dihasilkan daripada pembakaran digunakan untuk memanaskan air dalam dandang, menghasilkan wap yang menggerakkan turbin bagi penjanaan kuasa elektrik
Penjanaan Kuasa Elektrik
Wap menggerakkan turbin, yang seterusnya memutarkan penjana elektrik untuk menukar tenaga mekanikal (kinetik) daripada turbin kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini kemudian dihantar ke grid elektrik untuk digunakan oleh pengguna
Kelebihan Tenaga Biojisim
Sisa tumbuhan boleh ditanam semula untuk sumber tenaga yang berterusan
Membantu mengurangkan masalah pelupusan sampah
Mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar
Sisa tumbuhan boleh ditanam semula untuk sumber tenaga yang berterusan
Membantu mengurangkan masalah pelupusan sampah
Mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar