Teknologi- Teknologi Baharu - AdiwiraST
Pemerangkapan, Penggunaan dan
Penyimpanan Karbon
CCUS teknologi mengumpul dan mengasingkan CO₂ lapisan bawah tanah.
Pembakaran bahan api fosil menghasilkan banyak CO₂
CO₂ yang banyak di atmosfera menyebabkan pemanasan global.
Teknologi CCUS dijangka mengurangkan pelepasan CO₂ sebanyak 19% pada tahun 2050.
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon
Proses CCUS
Pemerangkapan
Merangkap CO₂ daripada stesen janakuasa bahan api fosil atau biojisim, kemudahan perindustrian atau secara terus daripada udara
Pengangkutan
Mengangkut CO₂ menggunakan kapal atau saluran paip dari titik tangkapan ke titik penggunaan atau penyimpanan
Penyimpanan
Menyimpan CO₂ secara kekal di bentukan geologi bawah tanah, di darat atau di luar pesisir
Penggunaan
Menggunakan CO₂ yang ditangkap sebagai input atau stok suapan untuk menghasilkan semula produk
Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon
Kelebihan CCUS
Mengurangkan pelepasan karbon
CCUS dapat mengurangkan kesan rumah hijau, meningkatkan kualiti udara dan melestarikan alam sekitar
Peluang pekerjaan
CCUS dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutama dalam industri yang berkaitan dengan teknologi hijau
Inovasi teknologi hijau
CCUS mendorong perkembangan teknologi hijau di Malaysia dan bantu mengekalkan keseimbangan ekosistem
Kenderaan Elektrik (EV)
Kereta elektrik menggunakan tenaga elektrik, tanpa petrol. Ia lebih senyap, cekap, laju, menyeronokkan serta baik untuk alam. Kereta elektrik mengunakan bateri boleh cas semula untuk bergerak.
Bagaimanakah Kenderaan Elektrik Berfungsi?
Palam Elektrik
Kenderaan disambungkan ke stesen pengecasan. Tenaga elektrik dari grid diisi dan disimpan ke dalam bateri kereta tersebut
Bateri Boleh Cas Semula
Bateri menggerakkan motor elektrik, menukar tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk menggerakkan roda
Pengawal Elektronik
Pengawal elektronik mengawal aliran elektrik dari bateri ke motor, menyesuaikan kelajuan dan daya sentuhan yang diperlukan
Motor Elektrik
Motor elektrik berfungsi menggerakkan kereta, sementara pemandu mengawal fungsian kereta seperti memecut, memperlahankan pecutan dan memandu dengan bantuan pengawal elektronik
Kelebihan Kenderaan Elektrik (EV)
Pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim
Kos penyelenggaraan yang rendah kerana EV mempunyai lebih sedikit komponen bergerak
EV membantu mengurangkan pencemaran bunyi terutama di kawasan bandar
Penyimpanan Bateri
Teknologi yang membolehkan tenaga disimpan dalam bentuk elektrik dan digunakan kemudian, terutama ketika permintaan tinggi atau ketika pengeluaran tenaga daripada sumber tertentu berkurang.
Bagaimanakah Penyimpanan Bateri Berfungsi?
Panel Solar
Menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Kemudian, tenaga elektrik ini akan dihantar ke pengawal elektrik
Pengawal Elektrik
Mengawal aliran tenaga dari panel solar ke storan bateri. Seterusnya, tenaga yang dikawal akan disimpan dalam bateri
Storan Bateri
Menyimpan tenaga elektrik untuk kegunaan masa depan. Apabila diperlukan, tenaga ini akan dihantar ke penyongsang
Penyongsang
Menukar arus terus dari bateri (direct current, DC) kepada arus ulang-alik (alternating current, AC) untuk kegunaan peralatan elektrik. Tenaga daripada arus ulang-alik yang dihasilkan akan disalurkan ke meter elektrik
Meter Elektrik
Merekod penggunaan dan penjanaan elektrik. Akhirnya, tenaga akan digunakan oleh alat elektronik rumah
Alat Elektronik Rumah
Menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri untuk beroperasi
Kelebihan Penyimpanan Bateri
Menyokong kawasan luar bandar dengan bekalan tenaga yang konsisten
Kestabilan grid dengan menyimpan tenaga tambahan semasa pengeluaran tinggi dan melepaskannya ketika permintaan melebihi pengeluaran
Mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan sistem tenaga