Ammonia |
Sebatian kimia yang terdiri daripada satu atom nitrogen dan tiga atom hidrogen (NH₃). |
Arang Batu |
Arang batu digunakan terutamanya dalam penjanaan elektrik di Malaysia kerana kos yang relatif rendah dan bekalan yang stabil. |
Bahan Api |
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan tenaga haba secara pembakaran. |
Bateri Cas Semula |
Bateri yang boleh dicas semula tenaga elektriknya. |
Biojisim |
Bahan biologi yang digunakan sebagai bahan api atau sumber tenaga. |
Dinamo |
Alat yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. |
Gas Asli |
Gas asli digunakan dalam penjanaan elektrik, pemanasan dan sebagai bahan bakar untuk aktiviti perindustrian. |
Haba |
Bentuk tenaga yang boleh dipindahkan di antara dua jasad. Haba disukat dalam unit joule (J) atau kalori. |
Hidroelektrik |
Tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan aliran air yang biasanya daripada empangan untuk menggerakkan turbin. |
Hidrogen |
Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan dalam jadual berkala. |
Hidrogen |
Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan dalam jadual berkala. Ia ditemui dalam bentuk satu atom Hidrogen (H) atau bergabung dengan oksigen (O₂) untuk membentuk air (H₂O). |
Joule |
Unit kerja atau tenaga dengan simbol J (joule). 1 joule bersamaan dengan 1 watt per saat dan 0.2388 kalori. |
Kalori |
Nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan. 1 kalori tenaga haba bersamaan dengan 4.1840 joule. |
Keabadian Tenaga |
Jumlah tenaga dalam sesuatu sistem adalah malar. Tenaga hanya boleh berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain. |
Kecekapan |
Peratus nisbah tenaga atau kuasa output kepada tenaga atau kuasa input. |
Kecekapan Tenaga |
Penggunaan elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama tanpa mengganggu keselesaan pengguna. |
Kilowatt-jam |
Unit tenaga dalam bidang elektrik. 1 kilowatt-jam ialah tenaga atau kerja yang dilakukan apabila kuasa 1 kilowatt dikendalikan dalam masa 1 jam. |
Konduktor |
Bahan yang membolehkan tenaga haba atau arus elektrik melaluinya. Contohnya, dawai kuprum. |
Kuasa |
Kadar perubahan tenaga kerja, diukur dengan unit watt (W). |
Minyak Petroleum |
Minyak petroleum digunakan dalam sektor pengangkutan, pembuatan, dan penjanaan elektrik. |
Penjana Tenaga Elektrik |
Dalam penghasilan elektrik, penjana elektrik merupakan satu peranti yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik. |
Perubahan Iklim |
Perubahan iklim merujuk kepada perubahan jangka panjang dalam iklim yang berlaku selama beberapa dekad, berabad-abad atau lebih lama. |
Solar Fotovoltaik |
Teknologi yang mengubah cahaya matahari kepada tenaga elektrik dengan sel fotovoltaik. |
Solar Terma |
Teknologi yang menggunakan sinaran matahari untuk menghasilkan haba. |
Tenaga |
Keupayaan melakukan kerja, tidak boleh dicipta atau dimusnahkan dan boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. |
Tenaga Biojisim |
Merujuk kepada bahan organik yang digunakan sebagai sumber tenaga termasuk sisa-sisa tumbuhan, kayu, pertanian dan organik lain. |
Tenaga Boleh Baharu |
Tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suria, angin, hujan, ombak, geoterma, yang boleh diperbaharui secara semula jadi. |
Tenaga Bunyi |
Dihasilkan oleh objek yang sedang bergetar. |
Tenaga Cahaya |
Objek yang memancarkan cahaya. |
Tenaga Elektrik |
Mengalir dalam litar elektrik lengkap. |
Tenaga Haba |
Tersimpan pada objek yang mempunyai kepanasan. |
Tenaga Hidro |
Tenaga hidro adalah tenaga yang dihasilkan dengan menggunakan air yang mengalir seperti sungai atau air terjun, untuk menggerakkan turbin yang menghasilkan elektrik. |
Tenaga Keupayaan |
Objek diregang, dimampatkan atau berada di tempat tinggi. |
Tenaga Kinetik |
Tenaga yang terdapat di dalam objek yang sedang bergerak. Contohnya, tenaga pada kereta mainan yang sedang bergerak. |
Tenaga Kimia |
Dihasilkan dari makanan, bahan api, fosil, biojisim, bateri. |
Tenaga Nuklear |
Terkandung dalam bahan nuklear. |
Tenaga Solar |
Tenaga solar adalah tenaga yang diperoleh daripada sinaran matahari. |
Tenaga Suria |
Diperoleh daripada cahaya matahari. |
Tenaga Tidak Boleh Baharu |
Sumber yang akan habis dan tidak dapat dikitar semula. Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan minyak petroleum akan kehabisan suatu masa nanti. |